KEMAHIRAN KOMUNIKASI DINAMIKA EKSEKUTIF
KOMUNIKASI
Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai "satu proses
perpindahan maklumat, perasaan, idea, dan fikiran seseorang individu kepada
individu atau sekumpulan individu yang lain". Ia merupakan proses
interaksi yang bererti antara hidupan dan merangkumi kedua-dua:
1.Perbuatan menghantar matklumat; dan
2.Proses untuk bertukar-tukar maksud;
supaya dapat menghasilkan pemahaman. Komunikasi boleh
mengambil bentuk, baik secara lisan mahupun tidak, misalnya bahasa gerak-geri,
bahasa isyarat, sentuhan, hubungan mata, dan penulisan.
OBJEKTIF MEMPELAJARI
KOMUNIKASI
Selepas mempelajari topik ini, pelajar
dapat:
1. Menghuraikan definisi komunikasi Menghuraikan definisi
komunikasi
2. Menerangkan elemen dan proses komunikasi
3. Mengenal pasti bidang--bidang komunikasi
4. Membezakan komunikasi lisan dan bukan lisan
RUMUSAN DEFINISI KOMUNIKASI
Proses pertukaran idea dan maklumat antara dua
individu atau lebih, dengan maksud untuk
berkongsi maklumat dan pengalaman
bagi mencari persamaan. Pertukaran idea ini boleh berlaku
secara lisan atau tulisan ataupun
dengan menggunakan pelbagai deria yang ada pada manusia.
BIDANG-BIDANG KOMUNIKASI
INTRAPERSONAL (DIRI)
INTERPERSONAL (ANTARA INDIVIDU)
KUMPULAN KECIL AWAM
KOMUNIKASI MASSA
KOMUNIKASI INTRAPERSONAL
1.Berlaku di dalam diri
seseorang.
2. Seseorang yang sedang berfikir
tentang sesuatu perkara sebenarnya ia sedang dalam proses berkomunikasi dengan dirinya.
3.Bermonolog dengan diri untuk
membuat pilihan, keputusan, memberikan sebab dan akibat.
KOMUNIKASI INTERPERSONAL
1.Komunikasi antara individu.
2.Proses komunikasi yang
melibatkan dua orang atau lebih.
3.Bersifat terus iaitu bersemuka
tanpa menggunakan sebarang perantaraan atau saluran tertentu
4.Juga berlaku dalam keadaan yang
tidak formal dan bersahaja.
KOMUNIKASI KUMPULAN
1.Berperanan membuat keputusan
dan dipatuhi oleh semua ahli.
2. Berlaku dalam bentuk formal
dan tidak formal.
Contoh : mesyuarat
PENGUCAPAN AWAM
1. Berucap di khalayak ramai
2.Seorang kepada ramai orang
Komunikasi Massa
1.Berlaku untuk sebaran umum
2. Menggunakan alat-alat media
massa seperti akhbar, majalah, radio, televisyen, buku dan risalah.
3.Berbentuk sehala dan jika
berlaku tindakbalas ia mengambil masa dan tidak sepantas interpersonal.
PROSES DAN ELEMEN KOMUNIKASI
PROSES KOMUNIKASI
1.mesej dan tindak balas sentiasa
berlaku secara silih berganti
2.Halangan :gangguan yang berlaku
pada situasi tersebut seperti bunyi bising,
kesibukan, kurang pendengaran,dan
sebagainya.
ELEMEN--ELEMEN
KOMUNIKASI
1.Penyampai
- Individu yang menunjukkan perlakuan berkomunikasi.
- perlakuan lisan dan bukan lisan
2.Penerima
- Individu yang memahami maksud yang disampaikan
oleh penyampai maklumat
3.Maklumat / mesej
- maksud/ fakta / niat yang difahami oleh penerima
maklumat
4. Maklum balas
- Perlakuan yang ditunjukkan oleh penerima mesaj sebagai
tindak
balas kepada mesej yang disampaikan oleh penyampai mesej
5.Saluran
- Media penyampai maklumat dan pemberi mesej kepada penerima
mesej
- saluran paling asas:melalui pendengaran dan penglihatan
- saluran-saluran tambahan : media elektronik, lukisan di
kanvas
atau bahan cetakan dan sebagainya
6. Konteks
Keadaan (situasi)penyampai mesej daripada pemberi ,mesej
kepada
penerima mesej (contoh: masa, persekitaran fizikal, jumlah
peserta dan sebagainya)
KOMUNIKASI LISAN DAN
BUKAN LISAN
• Komunikasi lisan berlaku apabila terdapat dua atau tiga
komunikator duduk secara bersemuka
atau dalam peristiwa bahasa seperti perbualan dalam telefon,
atau tele-sidang.
• Komunikasi lisan:
~ maksudnya boleh dinyatakan dengan suara dan penggunaan
perkataan
~ dapat menentukan bila bermula dan berakhir
• Komunikasi bukan
lisan:
~ berlaku tanpa menggunakan sebarang perkataan
~ kandungan boleh menunjukkan maksud yang tersirat
~ sukar untuk dipastikan bila berakhir kerana mungkin
tersembunyi.
• Lazimnya mesej komunikasi sama ada lisan atau bukan lisan
akan timbul
serentak. Contoh:“Masuklah…!!! (dengan wajah wajah manis dan
suara yang lembut)
lisan bukan lisan(boleh bermaksud menerima kedatangan dengan
senang hati)
KOMUNIKASI BUKAN
LISAN –MUKA
KOMUNIKASI BUKAN
LISAN –PERGERAKAN MATA
KOMUNIKASI BUKAN LISAN- PERGERAKAN BADAN
NADA & TON SUARA
1. RENDAH
2. SEDERHANA
3. SEDERHANA KUAT
4. KUAT
SUKU KATA SATU
PERSATU
AS/SA/LAM/MU/ALAI/KUM
DAN SA/LAM SE/JAH/TE/RAH
-perkataan harus
disebut dengan jelas satu persatu dengan nada dan ton suara yang sesuai diring
dengan eksperisi wajah.
KESIMPULAN
• Komunikasi penting dalam kehidupan seharian manusia untuk berhubung dan melaksanakan sesuatu tugas.
• Komunikasi yang berkesan dapat mengekalkan persahabatan dan perhubungan yang baik .